Tuesday 31 May 2011

Brand Terbaek...punya


Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Alat Yang Super Canggih


Tidak tahu berapa banyak kebenaran dalam gambar-gambar ini yang dikatakan alat canggih keluaran Google.
Hoax atau tidak saya pun tak tahu tapi jika idea seperti ini tidak mustahil manusia mampu menciptanya.Teknologi sememang dicipta digunakan untuk kesenangan manusia.
Photobucket
Ini adalah penemuan yang super canggih.
Photobucket
Dengan cara ini, apabila kita dapat melihat bangunan, alat itu akan memberikan detail yang tepat tempat tersebut.
Photobucket
Kita dapat menggunakannya bila kita ingin tahu model kereta, nama serangga, jenis makananan apa yang disajikan di restoran dan berapa banyak bahan untuk membina sebuah jambatan, dll
Photobucket
Sehingga kita dapat menggunakan alat ini bila kita ingin memeriksa maksud perkataan di surat khabar, buku, majalah, dll. Kita dapat menggunakan kamus, wikipedia dan yang lain-lain yang ada di web. Apa pendapat korang?
Photobucket
Untuk kegunaan dalam bangunan,hotel, stadium dan sebagainya
Photobucket
Automatik boleh menterjemah bahasa. Seperti contoh gambar ialah dari bahasa Latin ke Bahasa Inggeris.
Photobucket
Photobucket
Feature ini pula membantu untuk kandungan zat makanan untuk kesihatan.

Monday 30 May 2011

SOKONG PALESTIN : FACEBOOK HAPUS AKAUN MARCELO VIEIRA

Sebagai pemain bolasepak di sebuah kelab terkemuka di dunia memang membuatkan pemain daripada Brazil ini idola kepada ramai orang. Terbaru Marcelo, 23, pemain bek kiri Real Madrid dan pasukan antarabangsa Brazil telah dipadamkan akaun Facebook setelah mengemaskini status Facebooknya yang berbaur sokongan beliau tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. Tindakan ke atas Marcelo ini berkait rapat dengan status selebritinya sebagai pemain bolasepak yang dikenali ramai.
Akaun Facebook Marcelo yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak melontar batu berserta status yang berbunyi “My heart with Palestinian now as they fighting with Israel”  telah mengejutkan pendokong rejim Zionis sehingga mereka mengambil tindakan untuk memberi tekanan kepada pentadbir Facebook bagi memadamkan akaun beliau daripada terus aktif.
Status Marcelo telah disahut oleh seramai 4,221 orang dengan sokongan ‘LIKE’ dan sebanyak 1,998 komen telah dihantar terus meneruskan ke akaun peribadi Marcelo. Pendirian Marcelo secara tegas terhadap isu Palestin mengambarkan pemain yang memiliki nama sebenar, Marcelo Vieira da Silva Júnior ini amat prihatin terhadap kekejaman dan dasar keras Israel terhadap rakyat Palestin.
Marcelo bukan pemain bolasepak pertama yang memberi sokongan secara terbuka kepada pejuangan rakyat Palestin. Antara pemain lain yang turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin adalah Ronaldo. Ronaldo dilaporkan telah melawat Palestin dan kem-kem pelarian di sana sebagai tanda simpati beliau terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Selain itu, pemain beragama Islam yang mewakili kelab Sevilla, Frederick Omar Kanoute turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin apabila beliau bertindak meraikan gol dengan membuka baju yang tertera perkataan “Palestina”.

"Zion" Pada Logo Olimpik 2012

Logo Olimpik 2012 dikritik lagi. Pihak yang paling lantang menyatakan ketidakpuasan hati mereka ialah negara Iran. Hal ini kerana tulisan "2012" pada logo itu direkabentuk sehingga menjadi seakan-akan tulisan "ZION" yang berkait rapat dengan Zionis. Iran memberi amaran agar logo itu diubahsuai, ataupun Iran berkemungkinan memboikot sukan besar yang bakal diadakan di London itu nanti.


Sunday 29 May 2011

Mati dibunuh di atas sampan

Menurut info dalam gambar dibawah, beliau sedang bercuti bersama teman lelaki nya. Bersiar-siar menaiki boat, sewaktu sudah habis berseronok bersama, teman lelaki nya dapat mengetahui bahawa teman wanitanya mempunyai teman lelaki lain diluar sana.
Maka kekejaman ini berlaku secara tidak terkawal, beliau di hiris dan dipotong dengan pedang. Dan mayatnya dibuang di tepi sungai yang banyak semak.
Jadi kesimpulannya – Jangan bercinta kerana harta atau kecantikan. Harta tak bawa sampai ke mati, kecantikan tak kekal lama. Eh cantik ke? Dah tak cantik, ada hati nak cari laki kaya. Kah3!!






PLEASE CLICK MY ADVERT BELOW FOR ME IF MY POSTS HELPED YOU 

PLEASE RESPECT THE WORK RESULTS OF THE OTHERS AND FINALLY, 

SORRY FOR MY BAD ENGLISH.IM FROM LIMBANG






Thursday 19 May 2011

Cara crack window


Gambar Window not genuine
Gambar Window not genuine
Cara Crack window 7 Not Genuine.
Salam dan selamat sejahtera pembaca sekalian. tentu pembaca sekalian pernah mengalami  computer atau laptop keluar ikon “Window Not genuine”. Apabila berlaku timbul pernyataan ini biasanya window computer atau laptop akan menjadi lembap, sesetengah aplikasi gagal berfungsi sepenuhnya. Ini sudah tentu akan merumitkan kerja anda. Biasanya ia berlaku kerana anda selalu online internet dan secara automatiknya window 7 anda ter update.
Ini berlaku jika window 7 atau vista yang anda gunakan bukan yang original. Biasanya ia berlaku apabilaMicrosoft mengesan anda menggunakan window 7 yang tidak sah secara legal. Apabila Microsoftmengesan bukan window 7 original makan ia akan menghantar ralat yang menyebabkan computer atau laptop anda terjadi seperti perkara yang mj sebutkan diatas.
Jika berlaku window 7 not genuine anda pasti mengahantarnya kekedai untuk format atau window semulaatau crack balik window 7 tersebut.
Sebenarnya anda boleh melakukan sendiri hal ini iaitu menjadikan window pirates anda menjadi original oleh Microsoft. Caranya ialah menginstall crack bagi window 7 tersebut. Pastikan juga internet anda dalam keadaan online sebelum menjalankan tutorial ini.
Berikut adalah langkah atau tutorial untuk crack window 7 not genuine:

A.Mula-mula anda perlu Download Window 7 Loader . (winrar fail)
atau boleh juga Fail Loader WIN 7 and Vista. (winrar fail)


B. lepas tu buka fail tersebut dan double klik ikon atau fail  ” window 7 loader”. selepas itu akan keluar paparan gambar berikut .

Gambar install loader
Gambar install loader

C. Kemudian  klik install dan tunggu sehingga sehingga keluar paparan menyuruh anda restart  seperti gambar dibawah.
gambar restart loader
gambar restart loader
D.Selepas restart biasanya akan window akan keluar paparan ” GO ONLINE Genuine “, klik jer ikon tersebut dan akan secara automatiknya ke Microsoft.com untuk pengesahan dari microsoft bahawa Window  komputer atau laptop anda adalah Genuine.
> Jika tidak berjaya anda perlu mengulangi sekali lagi langkah B dan C. Biasanya kalau yang kali kedua akan berjaya.
> Untuk semak berjaya atau tidak anda perlu Klik sebelah kanan touch pad dan pilih properties makan akan keluar paparan seperti dibawah.
gambar window 7 genuine
gambar window 7 genuine
nota: Kaedah Cara Crack window 7 adalah  sama juga untuk window vista.

Tuesday 17 May 2011

Panduan Menjaga Bateri Laptop



Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat terbuka. Mesti leceh apabila di saat penting menggunakan laptop, bateri laptop habis.
Berikut saya kumpulkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk manjaga bateri laptop supaya tahan lama.
1.JANGAN gunakan laptop sambil meletakkan di peha. Bateri laptop akan cepat menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun.
3.JANGAN meletakkan laptop pada permukaan yang lembut. Kononnya pada sofa dan tilam dan sebagainya. Sebab permukaan seperti itu akan mengurangkan aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menimbulkan overheating.

4.JANGAN sampai berlaku ‘contact’ pada kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek yang dibuat dari metal seperti klip kertas,syiling nipis dan sebagainya.
5.JANGAN sampai bateri laptop termasuk laptop itu sendiri diberi tekanan yang berlebihan seperti terjatuh, terhempas, terhimpit atau terhempap oleh benda berat diatasnya. Contohnya dihempapkan dengan buku-buku yang berat. Perkara ini akan mengakibatkan sirkit di dalam bateri kemungkinan boleh berlaku hubungan arus pendek (shorting) yang kemudiannya akan mengakibatkan overheating.
6.JANGAN letakkan laptop di tempat yang sangat panas. Contohnya di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparking cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.
7.JANGAN sampai laptop ataupun bateri terkena air atau basah. Meskipun akan kering dan dapat berfungsi normal. Sirkit di dalam laptop ataupun bateri lama-kelamaan akan berkarat dan boleh juga menjejaskan keselamatan penggunanya.
8.JANGAN sampai anda tidak faham cara menggunakan bateri laptop. Menyimpan dan “mencharge” bateri dan laptop ada di dalam buku manual. Gunakan bateri laptop seperti anda ‘melayan’ bateri handphone.
9.JANGAN mencharge bateri terus menerus setelah bateri telah berisi ‘full’. Namun begitu dikatakan untuk laptop-laptop keluaran terkini sudah mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengatasinya.

Sunday 15 May 2011

Makna Tersirat Di Sebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros YAng Di berikan

Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye :)
rose

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru
Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”
Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

LavenderCinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

BiruMustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

Sekali lagi saya ingin ingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Saya teruskan dengan memberikan maksud bilangan bunga ros yang diberikan pula.

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila
Diulangi buat kesekian kalinya ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Semua yang tertulis ini adalah hasil terjemahan berdasarkan pemahaman admin sendiri dengan sedikit bantuan google translate. Kalau ada sebarang salah silap harap dapat diperbetulkan.

Rose Color Chart


PLEASE CLICK MY ADVERT BELOW FOR ME IF MY POSTS HELPED YOU 

PLEASE RESPECT THE WORK RESULTS OF THE OTHERS AND FINALLY, 

SORRY FOR MY BAD ENGLISH.IM FROM LIMBANG