Wednesday, 11 May 2011

Sebab Drama Korea Diminati



  1. Hero yang handsome dan romantik – dengan rupa, penampilan dan gaya rambut menarik, hero Drama Korea berjaya menawan hati peminat-peminat wanitanya. Seorang wanita yang terlalu meminati hero Drama Korea telah ditipu ratusan ribu ringgit melalui perkenalan dengan teman maya yang mempunyai perawakan seperti Bae Yong Joon di Internet. Rupanya teman tersebut adalah warga Afrika dan gambar yang dikirimkan mungkin bukan gambarnya!
  2. Jalan cerita menarik – walaupun berkisar kepada percintaan, Drama Korea kebanyakannya menyelitkan elemen kehidupan yang biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki dan dikhianati teman karib, darjat yang berbeza dan tekanan kerja. Ini secara tidak langsung membawa penonton wanita ke dalam suatu alam di mana seolah-olah dia sendiri yang mengalami situasi tersebut. Hebat kan?
  3. Ketandusan drama cinta berkualiti – Jika drama Malaysia, biasanya sepuluh minit yang pertama sudah dapat menggambarkan bagaimana cerita tersebut akan berakhir. Isu yang diutarakan biasanya terlalu stereotype dan kadangkala serupa dengan cerita yang pernah kita saksikan. Mungkin ini antara sebab mengapa penonton bealih arah kepada Drama Korea.
  4. Populariti -Drama Korea mempunyai populariti yang tinggi terutamanya di kalangan penonton dari Asia Tenggara. Ia menjadi sebagai salah satu sumber pendapatan bagi Korea di samping pelancongan.
  5. Lokasi & set menarik – Biasanya Drama Korea menjalani penggambaran di lokasi menarik dengan set bersesuain dengan mood cinta. Usaha ini memang berjaya kerana ramai yang ingin ke Korea untuk melancong semata-mata untuk pergi ke kawasan pengambaran drama tersebut.
Walau apa pun sebabnya, hak untuk menonton dan menilai di tangan anda. Jika ingin menonton di Astro, Channel 303 ada menyiarkan Drama Korea menarik. 

No comments:

Post a Comment