Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yangmengikutisunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untukselamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burungterbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burungtadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan merekasampai kepada tahapmengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenaiperjalanan tersebut, boleh klik sini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Ooh... nanti dulu
Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yangmemegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskanmengambilnyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkapkembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam padamasyarakat yang jahil. Maka dalamkeadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kinisudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Bolehtak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat ker???
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
PART NIE PALING AKU TAK FAHAM !!!!Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!
salam,
ReplyDeleteDalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
ia bukan bermaksud sekadar kita berdiri di dunia penuh fitnah,sebaliknya lebih mendalam...
kita duduk dalam dunia penuh fitnah,peraturan direka sesuka hati...terkadang tak masuk dek akal dan tak praktikal...menyusahkan...dan yang paling teruk ia bukan mambawa kebaikan,malah makin menyusahkan...
jadi bila hidup dalam dunia fitnah,adalah penting untuk kita berpegang pada diri sendiri...jangan jadi lalang,ikut kemana saja arah angin...di sini,maksudnya diri sendiri...
orang beri anda epal,semua orang kata makan epal elok untuk kesihatan,anda tidak perlu ikut kata2 orang...terpulang pada anda,nak makan atau tak...anda punya hak mutlak dalam berbuat keputusan kerana yang bakal ditanya diakhirat nanti,adalah anda...anda tak boleh jawab kerana anda ikut kata2 orang lain...jawapan yang tak berbaloi dan tak boleh diterima kerana yang buat keputusan adalah anda....
jangan belajar kerana terpaksa...orang buat,anda pun buat...
jangan beragama kerana ikut2an,tapi beragamalah kerana anda sendiri mahukan...
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
sang algojo...apa falsafahnya?
sang algojo adalah orang yang melaksanakan hukuman...kalau zaman dulu,adalah orang yang potong kepala...
zaman sekarang,siapa yang melaksanakan hukuman?
semua orang yang sesuka hati menghukum tindakan orang lain,dan meletakkan hukuman...
jadi sang algojo adalah satu budaya...budaya menghukum...budaya menghukum lahir dari budaya surat khabar...kita baca surat khabar...cerita satu pembunuhan...kita sedap2 mengutuk orang yang bunuh,dan orang2 yang berkaitan...padahal pernahkah kita terfikir apa kaitan dia dengan kita?kita benar2 ke saksi pembunuhan tersebut untuk kita meletakkan hukuman?
kita buat jahat,cerita tersebar...orang yang mendengar,mula mengutuk2 anda...anda pasti akan berkata,dia tak tahu...kenapa mesti meletakkan hukuman sebelum tahu hal sebenar?itu satu perbuatan yang zalim...
contoh,hidup di dunia fitnah,jika benar2 difikirkan teramat susah untuk menghukum...anda mahu hukum para penjudi...tak adil jika anda hukum dia saja...anda mesti hukum orang yang buka pusat judi tu juga...hukum pekerjanya juga...hukum pihak berwajib yang meluluskan lesennya...hukum para ilmuan dan ulama' kerana tak melakukan nahi mungkar...hukm semuanya...semua...larat ker kita untuk buat tu semua untuk bertindak adil?
jadi budaya sang algojo ni mesti dihentikan...sebab tu dalam lirik tu disebut...oh...sang algojo...ohh...nanti dulu...
sebelum meletakkan hukum,beri masa untuk menyatakan kalimah sebenar,iaitu lailahaillallah...lai lai lai lai...nampak tak?
terlalu dalam lirik ini jika betul2 dikaji...
assalamualaikum..
ReplyDeletenur nurun 9111
saya rasa...apa yang anda maksudkan tu terlalu nipis..
anda hanya mentafsir lagu ini dgn kehidupan anda...
dan anda juga mentafsir lagu ini dengan politik dan perkembangan semasa yang berlaku disekeliling anda...bukan nya mentafsir lagu ini dengan diri anda
cari lah diri anda tersembunyi dibawah kulit anda....
lagu ini luas maknanya. setuju dgn duke. tak boleh tafsir dari satu sudut shja.
Deleteketuhanan, mencari yang hakiki, hukum alam yang sbenar..ade dlm diri.. lahir zat yang sbenar2..
Deletemungkin part last tu nak tunjukkan manusia ni, bila di soal akan selalu beralasan dan menyalahkan orang lain...or kalu dri sudut kepimpinan, pemimpin which referred to HUD2, yg bertggungjwb atas semua yg jadi.
ReplyDeleteagree anyone?
lang mesilag kui mengsikui adalah satu makhluk orang bukan orang hantu bukan hantu...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete"Dalam kalut ada peraturan
ReplyDeletePeraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini"
Kalut = Tidak tersusun baik
Peraturan = Panduan susun atur.
Peraturan yang dikatakan lebih meambah kekalutan adalah peraturan manusia.
Kita pula tetap berada dalam kuasa peraturan itu yang mengawal kita.
"Berdiri di sini" = Pendirian hati kita, niat kita.
Hud-hud yang 30 itu mungkin simbolik kepada golongan pewaris nabi. Kita patut belajar dan bertanya kepada mereka kerana merekalah penulis lirik ini mendapat ilham hingga menulis lirik ini (terbang ke sini).
- Terpulang pada penilaian masing-masing, ada kreativiti selagi tidak bercanggah dengan paksi lirik tersebut.
- Apapun bagi saya pendapat Nun & Nurul tidak juga salah.
ps : Boleh tahu siapa penulis artikel ni ?
Bole jelaskan x tntng lagu ni..dan saya rasa bila nk bc komen dari para komen ia menakutkan saya ntah mengapa trdaji..but bole feel sesuatu disebalik lagu ini..apa maksud die sebalik lgu ini bole sepa jelas kan..dan badan saya tidak sedaap badan apabila mrndengar lagu ini??
ReplyDeletemaaf mencelah... lagu ni dia ceritakan tentang satu masa dulu ada satu mesyuarah sekawan brung hud-hud(kita)... burung hud2 ni dia cari raja(agama)... 73 kaum di dunia 73 jalan yang mereka bawa... yang sampai cuma satu jalan (agama kita)... ribu-ribu margasatwa (hidupan liar)(kafir) yang sedang kaji apa yang kita tuju tapi yang kekal hingga akhir zaman cuma 30, kalau kita baca syair parsi ni... mungkin kita terfikir apa special burung ni.. burung ni adalah kita (insan) yang berjuang mencari raja (yang satu) kita kenapa 30... sebab 30 itulah satu jalan pasti sampai... lang mengsilang kui mengsikui (orang bukan orang hantu bukan hantu) satu kaum yang bawa kita semua kesini (dunia).... sang algojo (hamba yang patuh pada perintahNya bila di perintahkan) kenapa dia nak suruh nanti dulu??? sebab diakhir nafas segala kebenaran bakal terpancar... berikanlah kesempatan AKHIR ini untuk menytakan KALIMAH sebenar... di belakang rangkap... ada perkataan lai lai la lai la lai tapi... kesempatan terakhir kita akan di datangi 7jenis godaan yang buat kita lupa untuk menyatakan kalimah tersebut.... dalam kalut ada percaturan...peraturan mencipta kekalutan..dimanakah kau ber diri di sini(dalam mesyuarah tadi ada satu peraturan di antara mereka.. tapi peraturan tadi menjadi kacau bilau tapi mereka tetapi pendirian goyah tapi tetap disitu) insan wujudkan peraturan tapi di dalam peraturan wujud percaturan sekarang dimanakah insan tetap di sini (dunia)... sebab tu dalam salah satu rangkap PENULIS dia ada kata... lihatlah dari mata burung atau lihat dari tempurung mana satu kau pilih( nasihat untuk kita, berpandangan luas atau kita masih melihat di dalam tempurung) seni ini untuk pemahaman masing... jika tafsir kita kepada dunia... kedunia lah kita... tafsir kita ke alam sana in sya allah disana tlah di janjikan... saya faham lagu ni dari pemahaman syair mesyuarah burung yang diterjemahkan dari bahasa parsi ke bahasa melayu, maaf jika ada tersalah tafsiran, dan maaf tafsir saya tidak mengikut susun atur rangkap lagu, saya tulis dari pembacaan saya.. jika salah minta di tegur... ( hud-hud)
Deletemaaf mencelah... lagu ni dia ceritakan tentang satu masa dulu ada satu mesyuarah sekawan brung hud-hud(kita)... burung hud2 ni dia cari raja(agama)... 73 kaum di dunia 73 jalan yang mereka bawa... yang sampai cuma satu jalan (agama kita)... ribu-ribu margasatwa (hidupan liar)(kafir) yang sedang kaji apa yang kita tuju tapi yang kekal hingga akhir zaman cuma 30, kalau kita baca syair parsi ni... mungkin kita terfikir apa special burung ni.. burung ni adalah kita (insan) yang berjuang mencari raja (yang satu) kita kenapa 30... sebab 30 itulah satu jalan pasti sampai... lang mengsilang kui mengsikui (orang bukan orang hantu bukan hantu) satu kaum yang bawa kita semua kesini (dunia).... sang algojo (hamba yang patuh pada perintahNya bila di perintahkan) kenapa dia nak suruh nanti dulu??? sebab diakhir nafas segala kebenaran bakal terpancar... berikanlah kesempatan AKHIR ini untuk menytakan KALIMAH sebenar... di belakang rangkap... ada perkataan lai lai la lai la lai tapi... kesempatan terakhir kita akan di datangi 7jenis godaan yang buat kita lupa untuk menyatakan kalimah tersebut.... dalam kalut ada percaturan...peraturan mencipta kekalutan..dimanakah kau ber diri di sini(dalam mesyuarah tadi ada satu peraturan di antara mereka.. tapi peraturan tadi menjadi kacau bilau tapi mereka tetapi pendirian goyah tapi tetap disitu) insan wujudkan peraturan tapi di dalam peraturan wujud percaturan sekarang dimanakah insan tetap di sini (dunia)... sebab tu dalam salah satu rangkap PENULIS dia ada kata... lihatlah dari mata burung atau lihat dari tempurung mana satu kau pilih( nasihat untuk kita, berpandangan luas atau kita masih melihat di dalam tempurung) seni ini untuk pemahaman masing... jika tafsir kita kepada dunia... kedunia lah kita... tafsir kita ke alam sana in sya allah disana tlah di janjikan... saya faham lagu ni dari pemahaman syair mesyuarah burung yang diterjemahkan dari bahasa parsi ke bahasa melayu, maaf jika ada tersalah tafsiran, dan maaf tafsir saya tidak mengikut susun atur rangkap lagu, saya tulis dari pembacaan saya.. jika salah minta di tegur...jangan marah mohon
ReplyDeleteyang 7 lembah 2 adalah lembah di dunia
ReplyDelete1.lembah pencarian
2.lembah cinta
3.lembah kearifan
4.lembah kebebasan
5.lembah keeasaan murni
6.lembah ketakjuban
7.lembah ketiadaan
ini lah 7 lembah tadi...